Tuesday, April 27, 2010

ALAMAT BLOG

http://sksungaiburong.blogspot.com/

LENCANA SEKOLAH


TAFSIRAN WARNA

PUTIH - kebersihan / keikhlasan

MERAH /
KUNING - warna bendera Selangor


TAFSIRAN GAMBAR

BUKU - Fungsi sekolah
sebagai institusi
pembelajaran

BURONG - Sempena nama
kampung

SEGULUNG - Segulung ijazah
KERTAS yang diusahakan


SETANGKAI - Menggambarkan
PADI masyarakat
bersawah padi


KAIN PITA - Kejujuran dalam
PUTIH memikul beban
pendidikan

MISI

Melahirkan insan berilmu pengetahuan dan cemerlang dalam sahsiah , kurikulum serta kokurikulum.

VISI

Usaha Untuk Cemerlang 2010

SEJARAH SEKOLAH

Pada awalnya sekolah ini dikenali sebagai “Sekolah Rakyat”. Ditubuhkan pada awal tahun 1947. Sekolah Rakyat ini telah beberapa kali terpaksa berpindah akibat pebagai masalah.
Melihat kepada keperluan pendidikan kian penting kepada penduduk sekitar, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menyediakan sebuah tapak yang sesuai bagi mendirikan sebuah sekolah kerajaan.
Pada 18.06.1949 sebuah bangunan dan dua buah rumah guru telah didirikan di atas sebidang tanah seluas 8 hektar di Kampung Batu 12 Sungai Burong Tanjong Karang Selangor.
Sekolah kerajaan ini mula beroperasi
sepenuhnya pada tanggal 15.10.1949. Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Sungai Burong sempena mengambil nama kampung ia didirikan.
Pada akhir tahun 1972 sebuah bangunan tambahan dua tingkat telah didirikan. Bangunan ini mencatatkan sejarah bagi sekolah ini apabila pada tarikh 26.06.1975 ianya telah dirasmikan oleh YB Dr. Mahathir Bin Mohamed selaku Menteri Pelajaran ketika itu.
Pada tahun 1986 sebuah lagi bangunan tambahan telah siap dibina dan telah digunakan sebagai bilik darjah , makmal Sains dan Bilik Kemahiran Hidup.
Pada tahun 2005 SKSB telah mendapat
bangunan ubahsuaian Pra Sekolah yang menerima 25 orang murid baru. Dalam tahun 2007 sebuah lagi bangunan Pra Sekolah telah didirikan bagi menampung murid seramai 25 orang telah siap dibina bersebelahan dengan bangunan surau sekolah ini.

Tuesday, April 13, 2010

Sepintas Lalu...

Lagu Sekolah

SKSB SKSB Wawasan kita semua
Melahirkan cendikiawan pemimpin berjiwa bangsa
Marilah kita terus berusaha
Agar hidup maju jaya

SKSB SKSB Lambang kecemerlangan
Keilmuan , pendidikan , budaya keharmonian
Kami berdoa penuh harapan
Moga usaha jadi kenyataan

Moga usaha jadi kenyataan .............